RSS
Al-Jihadunisa members:- razia ansar fazrina nur 'ain faridah adninaim wafa fatihah majidah

HIBURAN - MAKSIAT YANG MAKAN DALAM

assalmualaikum. .

ingin ana smpai sikit pendpt...berkaitan topik yg dismpaikan dlm email ni..hrp dpt telitikan ia..ingin saya sentuh sikit bab hiburan dan sukan..

sblm tu,mari sama2 nyanyi nasyid dr raihan nih~

chorus ;;

berhibur tiada salahnya,kerna hiburan itu indah,
hanya pabila salah memilihnya,membuat kita jadi bersalah~

p/s : tktau betui ke tk lirik tu,ingat2 lupa,:P

menurut usul fiqh,asas sesuatu hukum di dunia ni..datangnya dalam keadaan Mubah(harus) ,dan dr harus hukum2 tersebut berkembang kepada hukum2 yg lain berdasarkan quran,sunnah, ijmak qias,serta beberapa sumber dalil yang diterima ulama'.Dan dalam memberi hukum terhadap muzik, olahraga, bersukan, berhibur dan sebagainya,perlu kepada illah utk menjatuhkannya haram atau tak boleh.Kebanyakan isu tersebut masih terdapat khilaf para ulama' ada yang totally menolak,ada yang menerima tetapi dgn syarat2 tertentu.

dalam artikel saudara yg sbelum ni,dr nash_genius, bagi saya perlu diperbetulkan sedikit ayatnya.Tak boleh terus mengatakan sukan,olahraga, berhibur secara generallnya adalah maksiat.Perlu diketahui dan difahami,yang dikatakan maksiat tu cmne sbnrnya.maksiat utk mudah faham asasnya adalah engkar.apabila melakukan sesuatu yg mengengkari perintah Allah,jatuhlah org tersebut sebagai 'asi,org yg mengingkari Allah.sepatutnya tak boleh terus letak,berhibur= maksiat.totally salah.sebab mcm nasyid di atas,berhibur tiada salahnya,tetapi ada perkara2 tertentu yg menyebabkan berhibur itu dilarang oleh Islam,termasuk dlm menghukum muzik itu sendiri.

Menghukum muzik hari ini sebagai haram secara umum sahaja tidak memadai kerana hakikatnya naluri manusia secara semula jadi memerlukan hiburan jua.
Persoalan lebih penting adalah apakah alternatif bagi muzik popular hari ini yang banyak memaparkan konsep hedonisme dan hiburan yang melampau mempromosi gaya hidup yang tidak ketentuan ?
Jika alternatif sedemikian wujud, bagaimana ia dapat dimasyarakatkan kepada manusia umumnya - merentas batas bangsa, geografi, agama dan budaya. Merentas batas-batas itu bermaksud ia tidak hanya diterima umat Islam atau bangsa Melayu sahaja malah diterima bangsa lain sebagaimana populariti rentak dan konsep muzik seperti rap, rock dan blues.
Dalam memilih pandangan ulama bagi menetapkan batas-batas minimum keharusan muzik, lagu dan nyanyian dalam Islam, dasar-dasar berikut dijadikan asas.
• Mengiktiraf bahawa ini adalah persoalan yang dikhilafkan ulama.
• Memilih pandangan ulama yang muktabar dari segi kemampuan ijtihadnya dan kekuatan tsiqah (kredibiliti) di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun pandangan itu bukan pandangan yang dipegang majoriti ulama atau bukan pandangan yang popular.
• Mengambil kira sasaran utama projek ini ialah masyarakat awam secara umum tanpa kira agama dan bangsa.
• Membezakan antara persoalan mubah, wara' dan afdal.
• Asal hukum bagi segala perkara yang bukan berkaitan dengan ibadat khusus dan akidah adalah halal kecuali ada dalil qat'i yang mengharamkannya.
• Sebagaimana niat yang baik tidak menghalalkan cara, cara yang baik juga perlu diikuti dengan niat yang betul dan ikhlas.
• Hiburan adalah harus dalam Islam. Ini didasarkan pada hadis Aisyah yang mendengar nyanyian dua gadis di rumah Rasulullah saw; perbuatan para sahabat yang bernasyid semasa mengorek parit pertahanan Madinah dan perbuatan Rasulullah yang membawa Aisyah melihat tarian hamba Habsyi.
• Hiburan hendaklah dijadikan sebagai alat bukan matlamat. Hiburan adalah alat untuk mendidik, merehatkan diri, membina silaturahim dan lain-lain yang harus dan dianjurkan Islam. Ini adalah kerana matlamat hidup manusia ialah untuk mengabdi kepada Ilahi saja dan bukan untuk mempertuhankan hiburan.
• Muzik, lagu dan nyanyian adalah harus dalam Islam, namun tertakluk juga kepada dasar-dasar hiburan yang dinyatakan di atas.
apa batasan2 dlm berhibur???
Berdasarkan perkara di atas, dicadangkan dasar dan batas minimum berikut bagi menentukan muzik dan lagu 'halal' bagi masyarakat awam.
• Hiburan tidak boleh mengandungi apa yang diharamkan Allah swt atau menjurus kepada yang haram seperti memuja wanita, mendedah aurat, menggalakkan pergaulan bebas, mengandungi kekata yang membawa kekufuran seperti memuja syaitan, mempropagandakan kepercayaan agama lain, memuja dadah dan arak, mengandungi khayalan yang tidak bermanfaat seperti khayalan cinta, menghina amalan Islam dan memfitnah orang.
• Hiburan dipersembahkan dengan menepati adab-adab yang telah ditetapkan Islam.
• Hiburan hendaklah tidak menyebabkan pengabaian sesuatu yang lebih penting berdasarkan prinsip penentuan keutamaan dalam Islam seperti berhibur hingga terlupa bersolat dan terlalu tenggelam mendengar muzik sehingga tidak membaca Al-Quran.
• Hiburan bukanlah alternatif kepada amalan ibadat khusus tetapi pendorong padanya.
• Hiburan hendaklah menjauhi daripada unsur menyerupai penganut agama lain atau golongan yang berakhlak rendah. Contohnya adalah berambut panjang. Walaupun tiada dalil khusus melarang orang lelaki berambut panjang, oleh kerana ia telah menjadi simbol kepada budaya tertentu yang tidak disukai Islam, maka ia perlu ditinggalkan.
• Semua alat muzik adalah harus kecuali ia digunakan untuk sesuatu yang haram atau menjurus pada yang haram atau sebab-sebab sampingan lain yang diharamkan. Ini berdasarkan pada pandangan Ibn Hazm yang berpendapat bahawa dalil-dalil mengenai pengharaman alat-alat bertali dan tiupan adalah lemah.
• Tertakluk pada dasar-dasar hiburan, nyanyian oleh wanita adalah harus. Ini berdasarkan pada pendapat bahawa suara wanita bukan aurat.
• Penyanyi wanita hendaklah menjaga batas-batas hijab atau tidak berjoget atau berlenggang lenggok secara mengghairahkan.
• Hukum nyanyian dan lagu juga berkaitan dengan konteks ia disampaikan. Lagu bertemakan cinta, jika dinyanyikan untuk memuja wanita dan berkhayal, membawa kepada haram tetapi jika ia dinyanyikan untuk isteri atau suami bagi mengeratkan lagi kasih sayang, maka ia dibenarkan. Ini termasuk di bawah kaedah Al-Umur Bi Maqasidiha (hukum bagi sesuatu perkara berdasarkan niat dan tujuan).
• Begitu juga lagu yang bersifat abstrak atau kiasan, keharusannya bergantung pada bagaimana ia ditafsirkan. Sekiranya pentafsirannya menjurus pada haram maka ia menjadi haram dan sebaliknya.

Selain dari berhibur,saudara juga ada menyentuh tentang bersukan.Bersukan sebenarnya adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam,dan nabi juga bersukan.Nabi juga seorang yang tegap dan kuat,seorang pahlawan yang berani di medan perang.Mana mungkin seroang yang lemah dpt menjatuhkan kerajaan Rom dan Parsi.Nabi juga seorg petinju yang hebat,dan pernah mengalahkan petinju lain yang dianggap hebat pd zamannya.
Cuma cara bersukan dulu,zaman nabi tkdakla bola,pingpong, badminton suma.Tapi kita ambik objektif yang nabi tunjukkan,nabi galakkan berenang,memanah, menunggang kuda.Itu antara sukan yang baik.begitu juga sukan-sukan yang lain.kalau kita kata,sukan tu maksiat,atas dasar apakah kita nak katakan ianya totally maksiat sedgkan pesuruh Allah menggakkan kita???cuma pelaksanaannya. .perlu diperbaiki.kalau bersukan,bersukanla h sebagai seorang Islam.tutup aurat.takdak masalah.Kita lah patut memulakannya dulu,sediakan alternatif pakaian yg sesuai utk tutup aurat,tunjuk contoh,baru la akan ada perubahan.contohnya ,IU mewujudkan IUFC,utk membuktikan org Islam bukan cakap saja,cuba buat tgk.mcm tu lebih efektif...even masih ada perkara yang perlu diperbaiki..
tapi saya rasa ada point2 yang baik dr email nash_genius tersebut..tentang hiburan terlampau dan strategi yahudi dn nasrani..itu tkdak masalah.Point tu patut kita terima,dan patut kita sedar agenda2 yahudi yang menyerang manusia dn org Islam khasnya dari segenap segi.itu sume tkdak masalah..cuma perkara2 yg disebut sebelum ini,perlulah justify dgn lebih terperinci,utk mengelakkan salah faham terhadapnya. .saya paham terhadap apa yang nash_genius prihatinkan. .berkenaan manusia2 di akhir zaman ini..memang benar apa yang diperkatakan. .tapi pada menyatakan hiburan & sukan tu satu maksiat secara generalnya mmg salah la..
tapi baguslah,sekurang2n ya ada peringatan2 seperti ini,mudah-mudahakn ktia sama2 dapat manfaatnya.. sebar2kan lah perkara2 kebaikan...InsyaAll ah..
apa yg saya bagi kt atas,hanyalah satu pendapat..terpulang kepada anda untuk memikirkannya. .yang baik drNya..

sekian,

just my 3 cents,

Dari,

Akhukum fillah wa fi sabilillah,' alayya wa'alaikum fi rihabirrahimin wa maghfiratan warahmah,InsyaAllah .



creaky zakiah wrote:
Izinkan sy menyingkap beberapa perkara berkaitan artikel saudara.Muzik dan sukan bukanlah maksiat..pada zaman Rasulullulah SAW, pelbagai permainan sukan diadakan...Rasul juga mengalakn kita untuk bersukan,kerana boleh menyihatkan minda dan memberi stamina untuk msa depan dlm memperjuangkan agama.bagi muzik pula..pelbagai pendapat ada,sepertimana terdapat 11 pendapat mengenai muzik yg antum bolehlah membaca sendiri kerana jika diterangkan mungkin sampai 1 minggu keje menaip ni..mazhab kita iaitu mazhab syafii mengambil pendapat yg tengah2..antara pendapat 4 dan ke-5 sepertimana Rasullullah SAW menyuruh untuk bersederhana dlm ape jua keadaan.pendapat mazhab Syafii mengatakan bahawa muzik ada yg haram dan ada yg halal...jadi tidak boleh disimpulkan sebagai maksiat 100% seperti email nash_genius@ yahoo.com. harap xde yg kompius dan xnak main bola plak..yg haram dlm muzik adalah yg mcm "jom heboh" sebab melalaikan,manakala contoh yg halal adalah seperti festival yg tiada pencampuran lelaki dan wanita dan tidak melalaikan. pada zaman Rasullullah ketika Rasul berhijrah.." tolaal badrualaina" dinyayikan oleh kaum lelaki dan wanita dlm menyambut ketibaan Rasullullah SAW.
Ini sedikit huraian yg menafikan bahawa sukan dan muzik itu maksiat. Harap agar umat Islam terutamanye ahli2 Usrah agar mengkaji dulu akan ape yg hendak difowardkan atau yg hendak dipostkan agar ilmu itu tidaklah terpesong dari ajaran agama yg suci ini...jika ada kemusykilan bolehlah bertanya kepada penasihat-penasihat IU yg turut berada di dalam yahoogroup ini.(^^)..wallahualam. .Allah yattah a'laik

"menasihati secara menyeluruh dan menjaga kesucian agama"
Bekas pelajar Maahad Muhammadi lil banat dan juga anak didik Darul Quran.

nash_genius wrote:
Kalau seseorang itu memakan racun, jelas bahawa dia telah membuat
sesuatu yang bahaya dan yang mendatangkan mudharat pada dirinya.
Memakan racun bukanlah satu kerja yang waras. Orang yang siuman dan
berfikiran waras tidak akan memakan racun. Bahaya dan mudharatnya
jelas diketahui.

Kalau dia memakan racun di hadapan keluarga, sanak saudara atau orang
ramai, maka mereka akan menghalang dan menegahnya. Kalau dia berkeras
juga hendak makan racun itu, mereka akan merampas racun itu
darinya.Akan tetapi, kalau orang yang sama memakan lemak dan minyak
dengan banyak, memakan gula tanpa had atau memakan makanan yang
pedas-pedas belaka, tidak ada siapa yang akan menghalangnya. Sedangkan
cara pemakanan sedemikian boleh membahayakan kesihatan. Namun begitu,
mudharatnya tidak begitu ketara kalau dibandingkan dengan racun. Oleh
itu orang ambil ringan dan menganggap ia perkara biasa.

Begitu jugalah keadaannya dengan maksiat. Ada maksiat yang macam
racun. Ini termasuklah mencuri, merompak, membunuh,berzina, merogol,
berjudi dan sebagainya. Tidak mudah maksiat-maksiat seperti ini
dilakukan di khayalak ramai. Orang akan menegah dan menghalang. Orang
akan bertindak untuk menumpaskan orang yang melakukannya.

Dalam pada itu, ada pula maksiat yang macam lemak, gula dan cili.
Sekali pandang ia tidak kelihatan seperti maksiat. Malahan ia tidak
pun dianggap sebagai suatu maksiat. Maka seluruh manusia bergelumang
di dalamnya. Daripada pihak atasan hinggalah ke peringkat bawahan.
Dari pemimpin hinggalah kepada rakyat jelata. Dari guru hinggalah
kepada anak murid. Orang bandar hinggalah kepada orang kampung. Namun
mudharatnya makan dalam. Sedikit demi sedikit, ia merosakkan. Lama
kelamaan seluruh masyarakat jatuh sakit dan pincang.

Maksiat yang tidak dianggap maksiat ini ialah maksiat yang ada
hubungkait dengan hiburan. Ini termasuklah joget, tarimenari,
nyanyian, muzik, olahraga dan sukan. Ramai orang sukar menerima bahawa
tarian, nyanyian, muzik dan sukan adalah bentuk-bentuk maksiat
sepertimana juga ramai yang tidak dapat menerima bahawa lemak, gula
atau cili itu adalah racun kerana kita telah terbiasa dengannya. Kalau
tak ada, makan tak sedap.

Tetapi siapakah yang boleh menolak hakikat bahawa semua itu mudharat
dalam jangka masa panjang. Siapa yang boleh menolak hakikat bahawa
mudharatnya halus tetapi makan dalam. Kalau mudharatnya telah
berleluasa dalam masyarakat, ia susah untuk dipulihkan. Sama susahnya
untuk memulihkan orang yang sudah terkena penyakit kencing manis, tekanan
darah tinggi dan lemah jantung akibat dari terlalu banyak makan lemak,
gula dan cili.

Orang-orang yang terlibat secara terus dengan tari-menari, nyanyian,
muzik, olahraga dan sukan yang kita lihat di pentas,di auditorium, di
kaca TV, di stadium dan gelanggang sukan dan yang berkumandang suara
mereka di radio tidaklah ramai.Mereka itu pula tertakluk kepada
syarat-syarat dan disiplin yang tertentu dan tidak bebas berbuat
sesuka hati mereka.Tapi apa yang menjadi masalah ialah peminat-peminat
di seluruh negara yang terdiri dari berbagai-bagai peringkat
umur,berbagai tahap pendidikan dan berbagai tahap akhlak dan moral.
Mereka tidak tertakluk kepada apa-apa syarat dan disiplin. Mereka
bebas berbuat apa sahaja sesuka hati mereka.Mereka asyik dengan muzik
dan nyanyian-nyanyian yang mereka dengar dan dengan olahraga dan sukan
yang mereka turut memberi sokongan. Mereka dibuai dan dilalaikan
dengan hiburan-hiburan seperti ini.

Lama kelamaan, watak, saikologi dan minat mereka ini akan cenderung
semata-mata kepada segala apa yang berbentuk hiburan. Hiburan menjadi
tunjang utama dalam hidup mereka. Apa-apa pun berhibur. Lapang-lapang
sikit berhibur.Sudah tidak ada perkara yang serius dalam hidup mereka
lagi.
Hidup mereka tidak lain hanya untuk berhibur.

Masyarakat atau bangsa yang mempunyai saikologi seperti ini susah
untuk dididik supaya menjadi satu bangsa yang kuat,berwibawa dan yang
membangun dan berkemajuan. Jauh sekalilah untuk menjadi satu bangsa
yang mendukung, menguatkan dan memperjuangkan agama.

Bangsa yang asyik dengan berhibur ialah bangsa yang lemah jiwa, lemah
pendirian, suka meniru orang, tidak ada jati diri, suka berfoya-foya
dan berjiwa hamba. Bangsa yang gila dengan berhibur ialah bangsa yang
tidak tahu apa erti pengorbanan dan apa erti tanggungjawab untuk
memartabatkan bangsa dan agama.

Lebih teruk lagi, bangsa yang terkena sindrom berhibur ini sangat
terdedah kepada pengaruh-pengaruh liar dan jahat.Mereka jinak dengan
maksiat. Mereka terlibat dengan rokok,dadah, arak, pergaulan bebas,
seks bebas, rosak moral, bohsia,bohjan dan seribu satu macam salah
laku. Tidak ada apa-apa kekuatan dalam jiwa dan diri mereka untuk
menolak pengaruhpengaruh liar dan jahat ini. Malahan apa yang ada
dalam diri
mereka hanyalah dorongan dan kecenderungan untuk berbuat apa sahaja
asalkan dapat berhibur. Mereka sangka dunia bertanggungjawab untuk
menyara hidup mereka. "They think the world owes them a living."

Tidak ada siapa yang dapat mereka contohi dan dapat dijadikan role
model dalam hidup mereka kecualilah para-para artis dan jaguh-jaguh
sukan. Mereka inilah yang menjadi idola mereka. Mereka inilah yang
cuba mereka tiru. Apa hasilnya? Apakah yang akan terjadi pada orang
yang meniru para artis dan ahli sukan? Mungkin ada sedikit yang mampu
dan berkebolehan
dan terus menjadi artis dan olahragawan. Yang ramainya akan kecundang.
Mereka akan cari jalan lain untuk memenuhi keinginan mereka itu.Mereka
akan ikut pop, rock, thrash metal, heavy metal, doom metal, black
metal dan sebagainya. Mereka akan memenuhi disko dan pusat-pusat
karaoke. Mereka berfoya di sini dan berfoya di sana. Melepak di sini
dan melepak di sana.

Dalam benak mereka tidak ada lain melainkan artis, lagu,muzik, sukan,
pelakon dan isu-isu yang hanya ada sangkut paut dengan dunia hiburan.
Bahan bacaan mereka hanyalah akhbar dan majalah hiburan. Percakapan
dan bualan mereka di sekitar dunia hiburan. Hiburan, hiburan, hiburan.

Mereka terlalu asing dengan persoalan iman, taqwa, akhlak,memperbaiki
diri, bermujahadah, mengenal diri dan pembinaan insan. Mereka tidak
faham apa itu hablumminallah dan hablumminannas. Mereka tidak tahu apa
dia fardhu ain dan apa dia fardhu kifayah. Mereka tidak tahu membaca
Al Quran.
Yang mereka tahu hanya melalak sini, melalak sana. Masyarakat hendak
jahanam ke, negara hendak kena gadai ke,mereka tidak ambil tahu dan
tidak peduli.

Inilah kesan dari budaya hiburan. Maksiat yang makan dalam. Kita sibuk
dan kita marah anak-anak muda kita tidak berdisiplin, tidak ada tujuan
hidup, pemalas, tidak ada citacita dan tidak berkemajuan. Walhal
kitalah yang telah merosakkan dan mengusir semua itu dari dalam hati
dan jiwa mereka dengan tidak berhenti-henti menyogok mereka dengan
hiburan iaitu maksiat yang selama ini kita tidak anggap sebagai
maksiat. Kita tidak ambil berat tentang pendidikan agama dan akhlak,
tentang budi pekerti dan tatasusila, tentang peranan dan tanggungjawab
mereka sebagai pewaris bangsa dan
pendukung agama.

Percaya atau tidak, sedar atau tidak, inilah dia perancangan Nasrani
dan Yahudi yang halus dan licik. Setelah jiwa anakanak muda kita
dilemahkan, dilalaikan dan diracuni dengan hiburan-hiburan sama ada
yang berbentuk tari-menari, nyanyian, muzik dan sukan; maka mudahlah
bagi mereka memperkotak- katikkan masyarakat dan bangsa kita,
merosakkan akhlak, menjauhkan kita dari agama Islam dan melemahkan
iman kita. Para artis, para pemuzik, ahli-ahli sukan dan olahraga
hanyalah alat-alat mereka. Matlamat mereka yang sebenar ialah untuk
merosak dan menjajah dan melemahkan fikiran dan jiwa masyarakat,
rakyat dan bangsa kita.Nasrani dan Yahudilah penganjur terbesar bagi
program-program hiburan, pementasan "rock" dan muzik oleh artisartis
tempatan dan luar negara dan bagi temasya-temasya sukan.Segelintir
orang-orang kita pula sanggup menjadi dalang dan ramai yang memberi
galakan dan sokongan. Tidak kurang yang membantu dan yang memberi
berbagai kemudahan.

Mohd Hamdan Mohd Sharif

0 Luahan Rasa:

Post a Comment